fbpx

Vietnam sedia kecewakan Harimau Malaya sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANG-seo

AKSI menentang Laos, petang esok wajar dimanfaatkan oleh pemain negara bagi memperkukuhkan skuad Harimau Malaya menjelang ujian sebenar bertemu pilihan utama Kumpulan B, Vietnam nanti.

Aksi menentang Vietnam pada Ahad ini seakan-akan pertembungan ‘buku dan ruas’, malah lawan itu turut menjadikan Malaysia sebagai aksi getir sepanjang kempen kali ini.

Untuk itu, perlawanan menentang Laos jadi peluang terbaik buat Tan Cheng Hoe untuk memastikan seluruh pemain benar-benar bersedia untuk bertemu lawan lebih kuat.

Atas kertas, tempoh rehat lebih lama beri kelebihan buat Vietnam sambil pengendal­inya, Park Hang-seo seakan melabel Malaysia bakal menjanjikan gambaran sebenar kepada kemampuan anak-anak buahnya.

“Saya puas hati (kemena­ngan 2-0 ke atas Laos) kerana kami ada pemain yang cedera. Masih terlalu awal untuk menjawab bagaimana kami patut bermain kerana kami belum berpeluang membuat analisa penuh.

“Masih terlalu awal untuk menjawab persoalan mengenai bagaimana sepatutnya kami bermain kerana kami belum berpeluang membuat analisa penuh.

“Perkara paling penting sekarang adalah merehatkan pemain, menjalani pemulihan dan bersiap sedia untuk berdepan aksi getir bertemu Malaysia,” kata yang dipetik menerusi affsuzukicup.com.

Selepas satu perlawanan, Malaysia kini sedang mendahului carta Kumpulan B, masing-masing berkongsi tiga mata dengan Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI