XIAOMI satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana telah menjadi antara syarikat pelopor yang menghasilkan peranti-peranti terkini.
Menyedari tablet antara peranti yang mendapat permintaan di pasaran, syarikat itu juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan sebuah tablet berkuasa tinggi iaitu Xiaomi Pad 5.
Dari segi kuasa, peranti ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 860 dan disertakan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Dengan storan dalaman sebesar 256GB, ia membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak gambar, video mahupun dokumen.
Selain itu, peranti ini juga disertakan dengan bateri berkapasiti 8,720mAh.
Ini memberi lebih masa penggunaan dalam sekali pengecasan.
Tablet ini turut disertakan dengan pengecasan pantas 22.5W.
Dalam pada itu, peranti ini dilengkapi dengan ciri yang dapat meningkatkan produktiviti kerja seseorang.
Ia membolehkan pengguna melakukan imbasan dokumen menggunakan kamera tunggal 13MP dengan lebih lancar.
Tablet ini juga dilengkapi dengan kamera depan 8MP dan mereka yang selalu bermesyuarat secara dalam talian juga boleh menggunakan peranti ini.
Apa lebih menarik, ia membolehkan pengguna mencatat sebarang nota dengan Xiaomi Smart Pen.
Selain itu, peranti ini hadir dengan skrin paparan 11 inci WQHD+ yang menyokong kadar kesegaran 120Hz, selain memberikan imej paparan terperinci dengan warna yang lebih lembut dan natural.
Tablet ini juga terbina dengan mod cahaya biru rendah yang memastikan pengalaman tontonan yang jelas, selamat dan selesa.