fbpx

Sedia hadapi ujian dengan tenang – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama penyokongnya mengadakan solat jemaah selepas menjadi kontak kasual dengan pesakit Covid-19.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memaklumkan beliau bersedia menerima apa sahaja aturan dan ujian Allah SWT dengan tenang.

Perkara itu dinyatakan menerusi hantaran terbaharu di laman Facebooknya tadi.

Hantaran tersebut sekaligus membayangkan persediaan beliau terhadap keputusan mahkamah berhubung rayuan sabitan bersalah dan hukuman berkaitan kes dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta yang dijadualkan esok.

“Saya menerima banyak mesej, dapat panggilan, dan ada baca banyak posting dan komen-komen kat FB yang memberikan kata-kata sokongan dan doa juga. Amat menghargai setiap satunya.

“Saya sedia menghadapi aturan dan ujian Allah SWT dengan tenang dan redha. Semoga Allah SWT berikan kekuatan kepada hambaNya dan permudahkan segalanya,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dalam satu hantaran di Instagramnya meminta agar orang ramai mendoakan bapanya agar keputusan esok memberikan keadilan buat bapanya.

“Doakan agar Daddy diberikan kekuatan menghadapi semua ujian dan cabaran ini, dan semoga keputusan esok memberikan keadilan kepadanya,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu untuk dipertimbang dalam rayuan kes beliau membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI