fbpx

Rangnick dilema pilih barisan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) antara nama besar yang mungkin direhatkan oleh United untuk aksi bertemu Young Boys di Old Trafford awal pagi esok. – MAN UTD

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick ‘pening kepala’ untuk menyenaraikan kesebelasan terbaiknya menghadapi Young Boys pada aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Stadium Old Trafford awal pagi esok.

Pengendali sementara berusia 63 tahun itu lebih berminat untuk merehatkan ramai pemain utama seperti Cristiano Ronaldo supaya mereka mendapat rehat mencukupi sebelum bertemu Norwich City bagi aksi Liga Perdana Ingge­ris (EPL) pada Ahad ini.

Bagi Rangnick, aksi bertemu kelab Switzerland itu awal pagi esok sudah tidak penting memandangkan The Red De­vils te­lah ­pun layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan F.

“Mungkin saya akan membawa ramai pemain yang kurang mendapat minit permainan kerana kami akan bermain satu lagi perlawanan (EPL) hujung minggu ini.

“Masalahnya saya tidak pasti mahu menyenaraikan siapa untuk aksi Liga Juara-Juara. Saya mahu beri peluang kepada Phil Jones yang lama tidak beraksi kerana masalah kecederaan.

“Malangnya, nama Jones tiada dalam senarai Liga Juara-Juara. Saya tak pasti sama ada kami boleh turun beraksi dengan 10 pemain baharu menentang Young Boys,” katanya.

Rangnick hampir pasti tidak dapat membawa beberapa pemain yang masih mengalami kecederaan seperti Anthony Martial, Jesse Lingard, Luke Shaw, Raphael Varane, Paul Pogba dan Edinson Cavani.

Antara nama yang berkemungkinan besar berada dalam fikiran Rangnick untuk menyesuaikan dengan formasi permainan 4-2-2-2 diterapkan beliau ialah dua pemain muda berusia 19 tahun, Anthony Elanga dan Teden Mengi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI