fbpx

PRN Sarawak: Calon bebas dikompaun RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Seorang calon Bebas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 berikutan wakil atau penyokongnya hadir ke pusat penamaan calon serta gagal menjaga penjarakan fizikal.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, setakat ini, pihaknya hanya mengeluarkan satu kompaun sahaja berhubung kesalahan itu sejak penamaan calom diadakan.

“Bagi tempoh dua hari, kami mengeluarkan satu kompaun sahaja kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya.

“Kompaun itu dikeluarkan berikutan kawalan kehadiran yang tidak membenarkan wakil atau penyokong parti hadir di pusat penamaan calon serta atas kesalahan tiada penjarakan fizikal,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Katanya, kompaun dikenakan bagi kesalahan itu sebanyak RM4,000 mengikut Peraturan 10 Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Pada masa sama, kami juga membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI