fbpx

Pesara rugi RM5,000 angkara bagi nombor TAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Gara-gara menyerahkan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC), seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalami kerugian RM5,000 selepas ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai bank dan anggota polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula 6 Disember lalu selepas mangsa menerima sistem pesanan ringkas (SMS) berkaitan penggunaan kad kredit.

“Mangsa berusia 75 tahun dari Aspa Cottage di sini, kemudian berhubung dengan seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai bank sebelum disambungkan dengan pegawai polis bernama Boon kononnya dari Bank Negara Malaysia.

“Suspek meminta maklumat kad bank milik mangsa atas alasan untuk membuat semakan pengesahan penggunaan kad kredit,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya menerima SMS noṃbor TAC dan suspek meminta nombor tersebut daripada mangsa.

Katanya, selepas menyerahkan nombot TAC berkenaan, mangsa berasa curiga dan menyemak akaun bank miliknya sebelum mendapati wang simpanan dalam akaunnya telah berkurangan sebanyak RM5,000.

Ujarnya, sebaik berasa ditipu, mangsa kemudiannya datang ke balai polis untuk membuat laporan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI