fbpx

Perebutan gelaran dunia cetus ‘bahaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOLFF (tengah) bersama Hamilton (kanan) dan Valtterri Botas meraikan kejayaan pada GP Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche. – AGENSI

JEDDAH – Prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff memberi amaran bahawa pertembungan penentuan gelaran Formula Satu (F1) 2021 boleh mendatangkan ‘bahaya’ pada perlumbaan ter­akhir di Abu Dhabi nanti.

Keadaan tersebut disebabkan tindakan ‘kotor’ pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen yang dikatakan terdesak dengan melakukan apa sahaja untuk merangkul gelaran dunia F1 di Jeddah.

Pada saingan tersebut, Ha­milton berdepan detik cemas apabila melanggar belakang kereta Verstappen selepas pemandu Red Bull Racing itu dikatakan sengaja menekan brek.

Tindakan tersebut mengundang padah apabila Verstappen dikenakan penalti sebelum Hamil­ton memenangi perlumbaan 50 pusingan itu, sekali gus mengikat kedudukan kejuaraan dengan 369.5 mata.

“Ketika di Brazil, saya me­nerangkan bahawa siasatan harus dilakukan dan jika tidak, kejuaraan akan berakhir dengan sangat buruk.

“Kami telah melihat insiden yang hampir sama ketika di Brazil dan kami tidak mahu insiden yang serupa berlaku di Abu Dhabi.

“Jentera yang laju dengan kehadiran pemandu yang lebih pantas harus memenangi perlumbaan dan bukannya berakhir dengan insiden kemalangan.

“Saya harap perlumbaan di Jeddah ini memberi pengajaran terutama aksi terakhir di Abu Dhabi nanti. Saya harap keadaan seperti ini tidak berulang­ dan kemenangan seharusnya bersih,” tegas Wolff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI