fbpx

Peperangan maya bakal jadi cabaran pegawai muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendi (kanan) menyampaikan Sijil Diploma kepada Lt Cdr Herdayu Mokhtar (kiri) pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 50/2021 di Maktab Turus Angkatan Tentera PUSPAHANAS di sini, hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Bakal pegawai tentera muda perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan aspek pertempuran jenis hibrid terutama peperangan maya yang cabaran jauh lebih sengit.

Demikian nasihat Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 50/2021.

“Anda tentu akan menyedari bahawa perang dalam suasana konvensional sudah diganti dengan pertempuran secara hibrid yang lebih daripada keupayaan ketenteraan,” jelasnya.

Beliau kemudian meraikan 163 pegawai penerima Diploma Pascasiswazah Pengajian Strategi dan Pertahanan di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di sini, hari ini.

MTAT yang menyambut Jubli Emas bersempena lima dekad penubuhannya awal tahun ini, sudah berjaya melatih 6,103 graduan termasuk 1,207 peserta luar negara setakat tahun lepas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI