fbpx

Peng Soon sertai BAM selepas berpisah dengan Liu Ying

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENG SOON menyertai BAM selepas dia dan Liu Ying mengumumkan ‘berpisah’ selepas 13 tahun menjalankan kerjasama. – AFP

KEHADIRAN semula beregu campuran negara, Chan Peng Soon menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ibarat sirih pulang ke gagang apabila pemain berusia 33 tahun itu sah menyertai kem negara bermula 1 Januari depan.

Peng Soon dan Goh Liu Ying sebelum ini meninggalkan kem badminton negara pada 2018 dan bergerak secara bebas.

Kelmarin, pasangan beregu negara yang juga pemenang pingat­ perak Sukan Olimpik 2016 mengumumkan ‘berpisah’ selepas 13 tahun menjalankan kerja­sama.

Bagaimanapun, BAM dalam satu kenyataan menjelaskan, kehadiran pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu dilihat mampu memainkan peranan penting bagi memperkemaskan lagi skuad remaja negara.

“Kami gembira dapat menambah pemain berpengalaman dalam pasukan badminton negara.

“Dalam permohonannya, dia (Peng Soon) telah menyatakan hasratnya untuk berjuang menjelang Paris 2024 dan menyatakan keazamannya untuk ber­khidmat sebagai mentor kepada pasukan muda kami.

“Harapan kami sudah pasti ingin melihat Peng Soon dapat berkongsi pengalaman berharganya bersama pemain muda kami di ABM,” kata Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI