fbpx

Penempatan Melayu perlu kekal di Kampung Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan Kampung Baru yang terletak di tengah-tengah Ibukota Kuala Lumpur, di sini, hari ini. - FOTO: MOHD FARIZWAN HASBULLAH

SHAH ALAM – Pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur perlu memberikan jaminan penempatan warga Melayu di ibu kota tersebut terus wujud.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, pembangunan Kampung Baru tidak seharusnya tertumpu kepada menetapkan harga pampasan dengan konsep ‘willing buyer and willing seller’.

“Walaupun kerajaan melalui Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) sudah merancang pembangunan di kawasan tersebut secara ‘parcel’, namun yang penting ia tidak berkonsep memindahkan penduduk Melayu dari perkampungan tersebut.

“Langkah terbaik adalah penyusunan semula perkampungan itu secara berperingkat dengan lebih teratur dan meningkatkan prasarana asas yang lebih sempurna selain terus mengekalkan penempatan warga Melayu di lokaliti itu,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan, konsep membeli tanah dengan mengambil alih tanah di Kampung Baru dan kemudian membiarkan warganya mencari penempatan di tempat lain adalah tidak wajar.

Ini ekoran, katanya, banyak penempatan orang Melayu di Kuala Lumpur kini sudah tidak lagi wujud.

“Kampung Kerinci dan Kampung Abdullah Hukum adalah contoh bila orang Melayu akhirnya terpaksa tinggal di flat yang sesak dan tidak selesa setelah dipindahkan dari kawasan asal mereka.

“Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dikatakan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk membina dan meningkatkan infrastruktur di Kampung Baru itu wajar dilaksanakan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI