fbpx

Pasangan kembar antara graduan OKU pendengaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kin Fei (kanan) bersama kembarnya, Kin Heng antara graduan Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal pada Majlis Konvokesyen PSA Ke-22.

SHAH ALAM – Pasangan kembar yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran antara pelajar cemerlang bergelar graduan pada Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) ke-22 di sini.

Yip Kin Fei dan Yip Kin Heng masing-masing berusia 23 tahun menerima Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal yang disampaikan oleh Pengarah Perniagaan YTL Communication Sdn. Bhd., Shahirul Amran.

Kin Fei yang mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.41 ketika sesi temuramah dibantu oleh pensyarahnya, Suaiza Khairi berkata, walaupun pada awalnya dia bersama kembarnya menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi tetapi mendapat sokongan dan bantuan daripada para pensyarah.

“Saya rasa sangat gembira kerana berjaya tamat pengajian. Kami bersyukur kerana pensyarah banyak membantu untuk memahami pelajaran sepanjang pengajian di PSA,” katanya.

Bagi Kin Heng yang mencatat CGPA 3.53 pula mengakui pengalaman pertama ketika memulakan pengajian di PSA agak memenatkan namun akhirnya berjaya menyesuaikan diri dan terbiasa melakukan kerja berat.

“Mula-mula sangat penat, tetapi lama kelamaan boleh sesuaikan diri. Bila menjalani latihan industri dan bekerja, kami sudah terbiasa dengan melakukan kerja berat dalam masa yang panjang,” ujarnya.

Difahamkan para pensyarah yang mengendalikan program ini diwajibkan untuk mengikuti Kursus Pendedahan Pendidikan Khas dan mampu menguasai bahasa isyarat dengan baik.

Sementara itu, Pengarah PSA, Dr. Mohd. Zahari Ismail berkata, program Sijil Kemahiran Penyenggaran Mekanikal bertujuan menyediakan program latihan dan kemahiran untuk pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) bagi mengisi pasaran kerja yang ada di industri.

Program Sijil Kemahiran Penyenggaran Mekanikal ditawarkan di PSA bermula pada sesi Jun 2000 dan sehingga kini melahirkan hampir 400 graduan OKU pendengaran. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI