fbpx

Lelaki didakwa bunuh bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal Riza dituduh membunuh bapanya, Ridwan di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil pada 1 Disember lalu. /FOTO FAIZ ALIFF

SEPANG – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh bapanya pada 1 Disember lalu.

Tertuduh dikenali sebagai Faizal Riza Ridwan, 48, didakwa membunuh bapanya, Ridwan Ab Latip, 73, di sebuah rumah bernombor 255, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil dekat sini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan itu pada pukul 4.45 hingga 5.30 petang, 1 Disember lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Tertuduh mengangguk faham namun, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Berita berkaitan: Pesara tentera maut dipukul anak lelaki

Mahkamah menetapkan 24 Januari 2022 untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan, laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman meminta mahkamah supaya menangguhkan pertuduhan kes itu kerana tertuduh ada rekod kesihatan mental.

Tertuduh juga tidak ditawarkan jaminan dan diserah ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak untuk penilaian kesihatan mental di bawah Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Tertuduh dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sementara menunggu kekosongan masuk ke Hospital Bahagia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI