fbpx

Jumlah peserta MTAT akan ditambah tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendi (kanan) menyampaikan Anugerah Lembaga MTAT Keseluruhan Terbaik, Mejar Eugene Gnanaratchagar Gnanakkan (kiri) pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 50/2021 di Maktab Turus Angkatan Tentera PUSPAHANAS di sini, hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) akan menambah bilangan peserta untuk kumpulan siri berikutnya mulai tahun depan kepada jumlah keseluruhan 180 orang.

Komandan MTAT, Brigadier Jeneral Fazal Abdul Rahman berkata, peningkatan 15 orang lagi berbanding sebelum ini seramai 165 orang, bagi memberi peluang penyertaan ramai pegawai.

“Tempoh kursus jangka masa panjang ini masih lagi kekal selama 52 minggu, tetapi kami bersedia tambah bilangan peserta kepada 180 orang,” katanya pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 50/2021 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di sini.

Seramai 163 termasuk 36 pegawai dari luar negara menerima sijil Diploma Pascasiswazah Pengajian Strategi dan Pertahanan selain juga dikenali sebagai passed staff college-joint.

Lebih menarik, kumpulan graduan tersebut melengkapkan sambutan Jubli Emas penubuhan maktab itu pada 1971 lalu dan kali kedua majlis diadakan di sini sejak berpindah tahun lepas.

Ia disampaikan sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan turut disaksikan Presiden Puspahanas, Datuk Syed Zahrul Putra Syed Abdullah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI