fbpx

Helikopter bawa panglima tentera India terhempas, tujuh maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 8 Julai 2018 menunjukkan Jeneral Bipin Rawat (tengah) dan isteri, Madhulika Rawat (kiri) melawat Kuil Emas di Amritsar. - AFP

NEW DELHI – Sebuah helikopter membawa ketua angkatan tentera India, Jeneral  Bipin Rawat terhempas hari ini, kata tentera udara, manakala seorang menteri di lokasi kejadian menyatakan bahawa sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban.

Rawat merupakan ketua staf pertahanan pertama India. Kerajaan India mewujudkan jawatan tersebut buat kali pertama pada 2019 dengan Rawat dilihat rapat dengan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Jeneral berusia 62 tahun itu melakukan perjalanan bersama isterinya dan 12 yang lain dengan menaiki helikopter Mi-17 buatan Rusia. Helikopter itu terlibat dalam kemalangan dekat Coonoor, Tamil Nadu, kata Tentera Udara India.

Masih tidak jelas sama ada Rawat terselamat dalam nahas tersebut.

Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan petugas dan orang ramai cuba memadamkan api menggunakan baldi, manakala sekumpulan askar mengangkat seorang penumpang berkenaan dengan menggunakan pengusung.

Menteri Perhutanan Tamil Nadu,  K. Ramachandran berkata dari lokasi kejadian bahawa sekurang-kurangnya tujuh mayat telah ditemui.

“Sebilangan mangsa yang cedera dibawa ke hospital,” kata seorang pegawai jabatan bomba di Coonor pula.

Ketika kejadian, Rawat sedang menuju ke Kolej Staf Perkhdimatan Pertahanan dari  pangkalan tentara udara Sulur di Coimbatore yang terletak tidak jauh dari kolej berkenaan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI