fbpx

Choi Ye-na tepis skandal bercinta dengan CEO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOI YE-NA

NAMA bekas anggota IZ*ONE, Choi Ye-na tiba-tiba meledak gara-gara timbulnya dakwaan terlibat dengan skandal bersama seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat terkenal.

Semuanya kerana terdapat laporan menyatakan bahawa seorang penyanyi wanita ditaja orang kenamaan yang merupakan CEO CJ Group, Lee Jae-hwan selepas tersebarnya tangkap layar perbualan antara mereka.

Tidak menunggu lama untuk membersihkan nama sendiri, Ye-na tampil menepis semua dakwaan tidak berasas tersebut, Dia turut mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.

“Saya tidak dapat bertahan lagi dan harus bertegas. Saya memang tidak mengenali lelaki itu. Ketika membaca artikel berkenaan, saya terkedu kerana tiba-tiba nama saya yang dipetik.

“Saya mengejar impian dan bekerja keras, jadi mengapa saya perlu melalui pengalaman teruk sebegini. Saya marah dan kecewa kerana ramai yang mempercayai berita tidak benar ini,” katanya.

Tambah penyanyi itu, dia meminta peminat jangan bimbang kerana dirinya langsung tiada kaitan dengan dakwaan tersebut apatah lagi skandal bersama CEO terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI