fbpx

Bukan tak promosi, seminggu MK ‘lesap’ dari Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK K-Clique bagaimanapun, memohon maaf sekiranya pihak penerbit filem Marabahaya Underground berkecil hati dengan kecuaian dirinya.

PETALING JAYA – “Saya baru habis bercuti baru-baru ini. Seminggu hilangkan diri dari media sosial.”

Demikian penjelasan dari bibir penyanyi rap dan pelakon, MK atau nama lengkapnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkenaan dakwaan kononnya dirinya tidak memberi kerjasama mempromosi filem lakonannya sendiri, Marabahaya Underground.

Kata ahli kumpulan K-Clique itu, bukan dia tidak mahu memberi kerjasama tetapi sejujurnya, ketika isu berkenaan meletus, dia sedang berada di Sabah untuk urusan percutian dan bertemu dengan keluarga tercinta.

“Saya tenangkan diri waktu itu, balik Sabah jumpa keluarga. Kalau orang perasan waktu itu, saya sampai kosongkan ‘following’ di Instagram. Lepas seminggu bercuti,  baru saya follow balik semua orang,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Kata pelantun lagu Mimpi itu, tujuannya melakukan perkara tersebut adalah atas alasan self-healing atau menyembuhkan diri daripada segala permasalahan.

“Nak self-healing. Taknak tengok kehidupan orang  sebab fokus betul-betul masa dengan keluarga tersayang di Sabah.

“Saya dah dua tahun tak balik. Instagram saya seminggu senyap daripada sebarang perkongsian. Waktu itu juga dakwaan isu tak promosi filem berlaku.

“Selepas habis bercuti baru saya kejar balik semua dan waktu itu dah terlambat sedikit promosi filem Marabahaya Underground. Lambat sikit, memang salah saya dan saya minta maaf,” katanya lagi.

Kata MK lagi, dalam tempoh berkenaan bukan hanya promosi filem Marabahaya Underground terlepas pandang bahkan banyak perihal lain juga.

“Benda ini bukan isu dan bukan saya taknak promosi. Saya sibuk, itu satu. Seperkara lagi, saya terlepas perkembangan bersama-sama dengan pasukan Marabahaya Underground.

“Penggambaran filem itu pun dah tiga tahun lepas. Perkembangan filem tersebut saya kurang diberi ‘update’ sebab macam saya cakap tadi, fokus dan sibuk dengan apa yang berlaku waktu itu (bercuti). Saya pun sekadar ‘cameo’ kemunculan istimewa dalam filem itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Penerbit filem Marabahaya Underground, Suhaimi Selamat terkilan dengan sikap MK yang dikatakan tidak memberikan kerjasama terhadap promosi filem itu.

Filem Marabahaya Underground sudah mula ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480, bermula 2 Disember lalu.

Selain MK, filem tersebut turut menampilkan pelakon Joey Daud, Hazama, Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea, Amzarul dan ramai lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI