AKTRES Asri Welas tetap berasa bangga apabila kakinya pernah digunakan untuk sebuah iklan sabun mandi, walaupun menampilkan wajah pelakon handal, Dian Sastrowardoyo.
Perkara itu didedahkan Asri dalam program sitcom, Lapor Pak siaram Trans7.
Ujar pelakon yang pernah membintangi sinetron Suami-Suami Takut Istri itu, selain Dian, iklan tersebut menampilkan nama besar lain seperti Tamara Blezinsky dan Bella Saphira.
“Selepas ditawarkan menghadiri penggambaran iklan sabun tersebut, saya terkejut kerana di lokasi terdapat Tamara dan Bella.
“Dalam hati, saya berasakan sungguh bertuah kerana berpeluang untuk berlakon dalam sebuah iklan jenama terkenal bersama bintang-bintang popular,” ujar Asri.
Bagaimanapun, impian Asri meleset apabila wajahnya tidak ditayangkan pada iklan tersebut, melainkan hanya bahagian kakinya yang akan digunakan.
“Ya. Iklan sabun mandi itu tidak menampilkan wajah saya melainkan kaki. Pihak iklan memang mahu menggunakan kaki, namun menggunakan wajah Dian.
“Tidak mengapa, kerana kaki saya sememangnya cantik. Bahkan suami saya juga jatuh cinta dengan saya kerana kaki ini,” ujarnya bangga.