fbpx

Andreescu tidak beraksi di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDREESCU bersedia kembali ke gelanggang selepas yakin dengan fizikal dan mental untuk menghadapi Terbuka Kanada bulan depan. – AFP

YDNEY – Bintang tenis Canada­, Bianca Andreescu membuat keputusan mengejutkan apabila tidak akan turun untuk beraksi pada Grand Slam Terbuka Australia bulan depan berikutan situasi mencabar pandemik Covid-19.

Juara Terbuka Australia tersebut menegaskan, perintah kuarantin di hotel bakal menjejaskan mental dan fizikalnya untuk turun bersaing di kejohanan tersebut.

“Saya rasa seperti saya memikul bebanan cukup besar di atas bahu.

“Sudah pasti apa yang berlaku di sekeliling saya memberi kesan terutama persedia­an di kejohanan besar seperti Grand Slam,” katanya yang menjulang trofi di Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2019.

Atlet berusia 21 tahun tersebut sebelum ini turut membuat keputusan yang sama apabila menarik diri beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo berikutan keselamatan akibat pandemik Covid-19.

Kali terakhir Andreescu ber­aksi ialah dalam Jelajah WTA pada Oktober lalu di Indian Wells dan pada saingan tersebut, dia tewas pada pusingan ketiga di tangan Anett Kontaveit selepas berdepan kecederaan.

“Saya mahu memberi masa kepada diri sendiri terutama kecederaan yang saya alami ketika ini. Namun, saya yakin segalanya mampu berjalan dengan lancar saya akan kembali lebih kuat berbanding sebelum ini.

“Oleh itu, saya tidak akan beraksi di Australia tahun ini tetapi saya akan berlatih dan bersedia untuk musim 2022 nanti,” tambahnya.

Kejohanan Terbuka Victoria, negeri di mana kejohanan berlangsung akan me­nguatkuasakan peraturan kua­rantin paling ketat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI