fbpx

Amaran hujan berterusan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Sabah diminta mengambil langkah persediaan sewajarnya ekoran amaran hujan lebat berterusan yang dijangka berlaku bermula esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa kawasan di negeri itu sehingga 10 Disember 2021.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Selain itu, MetMalaysia turun mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang melibatkan kawasan Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur di bawah kategori pertama,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, hujan lebat berterusan telah mengakibatkan 60 kawasan termasuk taman perumahan dan kampung di empat daerah di Sabah terjejas akibat banjir kilat.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti yang melibatakan kawasan perairan dan laut buat sementara waktu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI