fbpx

29 perkampungan Orang Asli di Selangor sudah diwartakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri telah mewartakan 29 perkampungan Orang Asli di Selangor sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian berkata, kesemua kampung tersebut telah selesai diwartakan mengikut peruntukan undang-undang negara dan negeri.

“Semua kampung ini diwartakan sama ada di bawah Rizab Sakai, Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, Seksyen 6 Akta Orang Asli atau Seksyen 7 Akta Orang Asli.

“Secara keseluruhan, terdapat 75 perkampungan Orang Asli di negeri ini,” katanya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan daripada Elizabeth Wong (PH-Bukit Lanjan) berhubung jumlah serta keluasan perkampungan Orang Asli yang telah diwartakan setakat ini.

Jelas Loy Sian yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, kesemua 29 perkampungan yang telah diwartakan itu melibatkan keluasan 1,672.67 hektar.

“Mengikut pecahan daerah, sebanyak 13 perkampungan Kampung Orang Asli di daerah Kuala Langat, Sepang (8), Hulu Langat (3), Hulu Selangor dan Gombak masing-masing dua manakala Klang (1),” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI