fbpx

13 kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti, menjadi antara penyumbang kepada jangkitan baharu Covid-19 yang merekodkan sebanyak 5,020 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 17 kes import manakala kes kumulatif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,673,019 kes.

“Sebanyak 87 kes atau 1.7 peratus melibatkan kategori tiga, empat dan lima serta 4,933 kes atau 98.3 peratus ialah kategori satu dan dua.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 4,525 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,581,395 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 428 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 237 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI