LONDON – Seorang wanita menjadi tular di aplikasi sosial TikTok selepas mendedahkan janji temunya bersama seorang lelaki yang ‘teruk’ selepas lelaki itu meminta bil makanan mereka dibahagi dua, lapor akhbar Metro UK semalam.
Wanita bernama Marina itu berkata, lelaki tersebut memesan lebih banyak makanan berbandingnya.
“Dia memesan stik daging lembu, salad, hidangan sampingan, makan pembuka selera, beberapa gelas wain merah dan banyak lagi.
“Saya pula hanya memesan salad kecil dan satu minuman koktel,” katanya.
Sebaik sahaja bil diserahkan kepada mereka, Marina menawarkan untuk membayar sedikit namun lelaki itu kemudiannya meminta agar bil itu dikongsi sama rata.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat menerusi ruangan komen.
“Lucu kerana setiap kali saya melihat lelaki yang meminta agar bil yang diterima itu dibahagi dua di restoran saya, saya rasa mahu menampar lelaki itu,” komen seorang netizen.
Seorang individu bagaimanapun menganggap aduan Marina itu bersifat anti feminis.
“Di Eropah, mereka mengamalkan kesaksamaan, ia mungkin sesuatu yang anda perlu fikirkan,” komen seorang netizen. – AGENSI