fbpx

Villa ‘dirasuk’ aura hebat Gerrard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD berjaya mengemudi Villa meraih kemenangan ketiga daripada empat aksi terakhir sejak dilantik bulan lalu. – AFP

LONDON – Pengendali Aston Villa, Steven Gerrard tidak me­nunggu lama untuk menunjukkan aura tersendiri selepas membimbing pasukannya bangkit melakar kemenangan 2-1 ke atas Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi semalam.

Sebagai rekod, kehadiran Gerrard sejak bulan lalu berjaya membantu Villa keluar daripada kemelut prestasi selepas mencatat tiga kemenangan dalam empat perlawanan sekali gus melonjak ke tangga ke-10 ketika ini.

Kata Gerrard, mentaliti pa­sukan ketika ini cukup positif dan ia terbukti ketika bertemu Leicester apabila mempamerkan kebangkitan dramatik selepas ketinggalan satu gol terlebih dahulu hasil jaringan Harvey Barnes.

“Saya sangat gembira de­ngan apa yang dipamerkan oleh para pemain. Mereka memastikan pasukan kembali berada pada landasan kemenangan meskipun prestasi dalam babak pertama kurang memuaskan.

“Situasi berbeza di separuh masa kedua apabila kami lebih dominan selain berjaya mengekang setiap asakan lawan dengan baik. Leicester juga bernasib baik apabila jaringan kami daripada Jacob Ramsey dibatalkan walaupun saya merasakan keputusan itu silap,” katanya.

Sementara itu, Ezri Konsa yang muncul wira Villa selepas meledak dua gol pada aksi tersebut memuji impak Gerrard yang dianggap berjaya mengembalikan keyakinan barisan pemain menerusi taktikal permainan yang lebih berkesan.

“Kami menerima kehadi­ran Gerrard dengan tangan terbuka kerana beliau adalah jurulatih muda yang memiliki falsafah bola sepak moden. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila kami mampu meraih tiga kemenangan dalam empat aksi di bawah bim­bingannya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI