fbpx

Remaja penggal kepala kakak, rakam swafoto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kirti yang sedang hamil dibubuh kejam oleh adik lelakinya kerana berkahwin tanpa restu keluarga. - granthshala.in

NEW DELHI – Seorang remaja lelaki bersama ibunya ditahan selepas memenggal kepala kakak kandungnya yang hamil, dipercayai berang kerana wanita itu melarikan diri dan berkahwin tanpa persetujuan keluarga, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut jiran tetangga keluarga itu, remaja tersebut kemudian merakam swafoto bersama kepala adiknya.

Kirti Thore dibunuh di kampung Ladgaon di Aurangabad selepas melarikan diri dan berkahwin tanpa keizinan keluarga.

Pembunuhan kejam itu berlaku Ahad lalu pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan).

Shobhabai Mote dan anak lelakinya yang berusia sekitar 18 tahun pergi berjumpa Kirti di kediamannya.

Asisten Komisioner Polis, Kailash Prajapati berkata, adik lelaki Kirti menyerangnya dari belakang dengan sabit, manakala ibunya pula memegang kaki wanita itu.

Remaja lelaki itu kemudian memenggal kepala kakaknya itu sebelum membawanya keluar.

Kirti ketika itu sedang bekerja bersama ibu mertuanya di sebuah ladang.

“Sebaik sahaja melihat ibu dan adiknya, dia menyambut mereka dan memberikan air untuk diminum sebelum pergi ke dapur untuk membancuh teh.

“Kirti kemudiannya diserang dari belakang,” kata Prajapati.

Suami Kirti yang tidak sihat sedang berbaring di rumah apabila terdengar bunyi perkakas dapur yang terjatuh dan berlari ke dapur.

Remaja itu cuba membunuh abang iparnya juga, namun mangsa berjaya  dia melarikan diri. Suspek kemudian datang ke balai polis dan menyerah diri. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI