fbpx

PPj tak halang penduduk berniaga, asalkan ikut peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Azmi (empat dari kiri) bersama pemenang Anugerah Inisiatif Hijau di Putrajaya hari ini. FOTO IHSAN PPj

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak pernah menghalang mana-mana individu terutama belia untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan di Putrajaya, namun perlu melalui prosedur yang betul serta lokasi dipilih bukan di tempat sewenang-wenangnya.

Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain berkata, pihaknya sebagai agensi pelaksana sentiasa menyokong dan memberi galakan terutama warga Putrajaya untuk menjalankan aktiviti berniaga secara kecil-kecilan.

“Bagaimanapun, terdapat kawasan yang menjadi tumpuan utama pelancong dan kawasan protokol tidak dibenarkan seperti Dataran Putra di hadapan Masjid Putra dan sepanjang boulevard.

“Sesiapa yang berminat menjalankan perniagaan boleh memohon dengan PPj dan jika didapati tempat itu tidak sesuai, kita cadangkan tempat lain. Dataran Putra itu ramai yang tahu ia kawasan tumpuan utama tetapi atas sebab keselamatan, ia tidak dibenarkan,” katanya pada penyampaian hadiah pertandingan Anugerah Inisiatif Hijau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kekerapan operasi penguatkuasaan terhadap peniagaan kecil-kecilan di sekitar Putrajaya terutama di Dataran Putra yang menjadi tumpuan utama pengunjung khususnya pada hujung minggu.

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan mencetuskan inisiatif Wilayah Bebas Berniaga mulai 15 November tahun lalu sebagai usaha membantu rakyat yang terkesan ekoran pandemik Covid-19. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI