fbpx

[VIDEO] Pekebun Orang Asli terkedu, kebun musang king diserang gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali menunjukkan kawasan tanaman pokok pisang yang dimusnahkan dua ekor gajah liar di Kampung Redip, Pos Hau, Gua Musang dalam tempoh tiga hari. - FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang pekebun Orang Asli terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM25,000 selepas kebun pokok pisang, ubi kayu dan pokok buah-buahan termasuk durian musang king dimusnahkan dua ekor gajah liar.

Razali Ayeh, 46, berkata, lebih 1,000 tanaman yang diusahakan di atas tanah seluas 1.2 hektar di Kampung Redip, Pos Hau di sini dipercayai telah dimusnahkan dua beranak gajah jantan dan betina dalam tempoh tiga hari.

Katanya, dia bimbang apabila gajah liar itu masih berada di kawasan hutan berhampiran dan berkeliaran di kebunnya.

“Dalam tempoh tiga hari, serangan haiwan itu semakin ganas sehingga menjejaskan pendapatan saya yang bergantung sepenuhnya kepada hasil tanaman di kebun.

“Masalah ancaman gajah liar itu sudah berlarutan sejak lima bulan lalu apabila banyak kebun penduduk di kampung berhampiran telah dimusnahkan. Kini, gajah liar itu datang mengganggu kebun saya dan ian tidak boleh lagi dibiarkan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Razali berkata, penduduk kampung telah beberapa kali melaporkan masalah itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah, namun belum ada seberang tindakan susulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI