PELAKON filem Tamil, Taapsee Pannu harus berpura-pura menjadi ‘bodoh’ dan mengubah imej semata-mata untuk diterima menjadi bintang filem dalam industri perfileman Bollywood.
Ujar Taapsee, awal-awal lagi dia diberitahu, jika mahu diambil berlakon dalam filem Bollywood, dia perlu mengubah penampilan supaya kelihatan lebih glamor dengan perwatakan diva.
“Saya berusaha keras untuk mengubah diri sendiri menjadi seperti apa yang diinginkan. Bahkan, saya juga perlu berpura-pura ‘bodoh’ sebab mereka kata, wanita cantik selalunya tidak mempunyai otak,” dedahnya.
Ujar pelakon yang memulakan debut pertamanya menerusi filem Chashme Baddoor itu lagi, dia bagaimanapun tidak selesa dengan apa yang dilakukan kerana tidak menjadi diri sendiri.
“Saya jadikan semua itu sebagai pengajaran supaya jangan membiarkan orang lain mengubah diri kita semata-mata untuk mengejar impian,” katanya.