fbpx

Keputusan rayuan SRC Najib dibaca melalui Zoom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi menetapkan keputusan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kes dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta, dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom esok.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Rahman yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan demikian melalui prosiding dalam apklikasi Zoom hari ini selepas pihak-pihak bersetuju untuk keputusan itu diputuskan melalui aplikasi tersebut.

Ini bermakna pihak-pihak termasuk Najib selaku perayu tidak perlu hadir secara fizikal ke Mahkamah Rayuan esok.

Dalam prosiding awal pagi tadi, hakim Abdul Karim menyatakan mahkamah tiada sebarang petunjuk untuk menangguhkan keputusan rayuan SRC itu.

Menurut hakim itu, mahkamah boleh memberi keputusan itu secara dalam talian mengikut Seksyen 15A Akta Kehakiman (pindaan) 2020 dan prosiding esok itu hanya membaca keputusan sahaja.

Hakim Abdul Karim berkata demikian selepas peguam Harvinder Singh Sidhu memohon prosiding pendengaran permohonan memasukkan bukti baharu hari ini dan keputusan rayuan Najib berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. esok ditangguhkan.

Seksyen 15A menyatakan bahawa Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi menjalankan prosiding melalui pautan video atau televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik lain.

Terdahulu peguam terbabit memohon penangguhan tersebut selepas seorang lagi peguam Najib didapati postif Covid-19 selepas menghadiri majlis Sabtu lalu.

Ujian kendiri turut dilakukan kepada ahli-ahli pasukan peguam yang lain dan kesemua peguam termasuk peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan keputusan mereka negatif.

Selain hakim Abdul Karim turut bersidang ialah dua lagi panel hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sebelum ini, prosiding rayuan tersebut telah berlangsung dihadapan panel-panel itu selama 15 hari dan berakhir pada 18 Mei lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI