fbpx

Harga dedak meningkat alasan peniaga naikkan harga ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (tiga dari kiri) memantau harga sayur-sayuran semasa program Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kenaikan harga dedak didapati menjadi alasan popular yang diberikan peniaga untuk menaikkan harga bekalan ayam mentah yang dijual di pasaran.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd. Rahman berkata, berdasarkan pemeriksaan, kebanyakan peniaga yang membeli bekalan ayam daripada pihak pemborong mengadu berhubung hal itu.

“Peniaga ayam mendapatkan bekalan daripada pihak pembekal dan peruncit yang menjual ayam pada harga yang lebih mahal berbanding harga biasa.

“Ekoran daripada keadaan itu, peniaga terpaksa menaikkan harga jualan ayam mentah sehingga RM9 sekilogram mahal ada juga yang lebih tinggi daripada itu,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Adnan, peniaga yang masih berdegil dan menaikkan harga ayam termasuk barangan kawalan lain bakal dikenakan kompaun.

Ujarnya, bagaimanapun, tiada lagi kompaun dikenakan terhadap peniaga di negeri yang didapati menaikkan harga ayam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI