fbpx

Eunji berang diganggu ‘stalker’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EUNJI

AWALNYA, Eunji menggunakan perkhidmatan platform sembang Bubble bagi memudahkan komunikasi dan berkongsi rutin harian dengan peminat setiap hari.

Bubble merupakan perkhidmatan ruangan sembang berbayar yang membolehkan artis idola menghantar mesej kepada peminat, begitu juga sebaliknya.

Malangnya, perkara sebaliknya berlaku apabila Eunji masih diganggu ‘stalker’ yang pernah mengacau ketenteraman hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Tidak tahan diganggu, Eunji akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan platform tersebut.

“Saya fikir Bubble satu tempat yang selesa untuk berkomunikasi dengan peminat. Tapi malangnya, ada orang yang terlalu obses dan sanggup berhabis banyak duit untuk melakukan perkara salah.

“Kadang-kadang mereka muncul di sesebuah tempat, melakukan sesuatu di luar batasan. Keadaan ini buatkan saya sangat tertekan. Jadi saya tidak lagi akan menggunakan akaun ini selepas Disember,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI