fbpx

Enam projek terima Geran Komuniti Merdeka 118

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak enam buah projek daripada 138 permohonan telah terpilih seba­gai penerima Geran Komuniti Merdeka oleh anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd., PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PMVSB) dengan kerjasama organisasi penjanaan semula bandar, Think City Sdn. Bhd.

Geran tersebut yang diumumkan pada Jun lalu membawa matlamat memupuk sinergi antara komuniti setempat dan pemba­ngunan bercampur Merdeka 118, dengan tumpuan kepada lima lokasi penting iaitu Presint Jalan Petaling, Jalan Hang Tuah, Kampung Attap dan Pudu serta Kuadran Sukan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, program geran itu membuka ruang bagi Merdeka 118 memainkan pe­ranan dalam menggiatkan semula Bandar Raya Kuala Lumpur.

“Kami bertekad untuk men­dekati dan melibatkan penduduk sekitar bersama-sama ­menyumbang dalam usaha membangunkan lokasi ini.

“Projek-projek terpilih akan memberi kesan positif kepada masyarakat sekitar dengan meningkatkan tahap keselesaan hidup sambil ­menyokong mata pencarian penduduk setempat di samping meraikan warisan sejarah dan budaya tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara projek yang terpilih termasuk Kampung Attap Collective, yang menyasarkan untuk memperkaya dunia seni dan wari­san di presint tersebut; projek Eat, Pray, Love di Jalan Peta­ling, melibatkan aktiviti berjalan sambil bersiar-siar menyusuri bangunan warisan serta kerja naik taraf gelanggang bola keranjang di Jalan Hang Jebat.

Turut terpilih adalah program latihan vokasional bagi membangunkan kemahiran kulinari wani­ta berkeperluan khas; program pemeliharaan lebah tanpa sengat pintar di komuniti Pojek Perumahan Rakyat (PPR) terpilih serta Program Pemerkasaan Ekonomi untuk isi rumah B40.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI