fbpx

Bomba, polis bantu keluarkan mayat wanita 200kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan polis mengangkat mayat seorang wanita yang meninggal dunia di dalam rumah di Kampung Baru 2, Tangkak, Johor hari ini.

TANGKAK – Mayat seorang wanita obesiti dibawa keluar dari kediamannya dengan bantuan bomba dan polis di Kampung Baru 2, Tangkak di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Rafiah Aziz, pihaknya menerima panggilan bagi bantuan mengangkat mayat wanita berusia 28 tahun itu pada pukul 11.45 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati mayat seorang wanita obesiti dengan berat lebih kurang 200 kilogram berada di dalam bilik kediamannya.

“Dia telah disahkan meninggal dunia dan Polis Tangkak menghubungi kami bagi membantu mengeluarkan mayat.

“Pasukan bomba seramai sembilan orang anggota serta anggota PDRM berjaya mengangkat keluar mayat mangsa dengan menggunakan satu unit stretcher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, keluarga mangsa telah menghubungi polis memaklumkan mengenai kematian wanita tersebut dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI