fbpx

Bayi Jahidah diberi nama J Ehsan Nufail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
J EHSAN NUFAIL yang dilahirkan Jahidah (gambar kanan) pada 30 November lalu melalui pembedahan berada dalam keadaan sihat.

SEREMBAN – Selepas seming­gu dilahirkan, keluarga mangsa koma dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, memilih nama J Ehsan Nufail untuk bayi tersebut yang membawa maksud hadiah yang sangat bermakna.

J Eshan Nufail yang mesra dengan panggilan ‘Baby J’ itu kini berada dalam jagaan adik Jahidah, Fauziah Nordin, 40, di Bandar Sri Sendayan, di sini.

Fauziah berkata, nama J Ehsan Nufail dipilih sendiri olehnya yang membawa maksud dalam berkah dan hadiah daripada Allah, manakala J itu merujuk kepada nama Jahidah.

“Alhamdulillah, kini ‘Baby J’ berada di rumah dan bacaan pe­nyakit kuning atau jaundis neonatal yang dialami sudah menurun.

“Namun, masih kena pantau (bacaan kuning) dan hari ini bawa ‘Baby J’ ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berita berkaitan: Jahidah selamat lahirkan bayi

Berita berkaitan: Adik tunggu kakak koma pulang bersama bayi

Ujarnya, mereka sekeluarga bersyukur J Ehsan Nufail membesar dengan baik walaupun ketika dalam kandungan doktor memaklumkan kakinya agak kecil.

“Bila lahir bayi sihat dan normal, sekarang siap boleh angkat kepala dan badan walau usia baru masuk seminggu,” katanya.

Bayi tersebut dilahirkan secara pembedahan kira-kira pukul 9 malam, 30 November lalu.

Katanya, keadaan Jahidah kini stabil tetapi masih di bawah pemantauan doktor di Wad Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Ja’afar, di sini.

“Sejak Baby J dilahirkan, setiap hari ada individu yang prihatin dan membantu meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank CIMB 7617-7970-37 (Fauziah).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI