fbpx

Bas persiaran rempuh 3 kenderaan, 2 pemandu cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pemandu cedera selepas sebuah bas persiaran merempuh tiga buah kenderaan lain dalam satu kejadian di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki tercedera selepas sebuah bas persiaran yang hilang kawalan merempuh kenderaan dipandu mereka dalam satu kejadian di Kilometer 37, Lebuh Raya Selatan Susur Dato Onn, di sini pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azhar Abd. Aziz berkata, pihak dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 9 pagi.

Sehubungan itu, katanya, tujuh anggota dan dua jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kemalangan berkenaan didapati melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah bas persiaran yang kosong, sebuah Proton Saga, sebuah Perodua Myvi dan sebuah BMW.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Saga, Ramy Bidin, 38, dan pemandu BMW, Helmi Mohamed, 47, dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan anggota.

“Sementara itu, maklumat berkaitan pemandu bas tidak dapat diperoleh kerana bas persiaran berkenaan telah meninggalkan lokasi kemalangan, dipercayai bagi mengelakkan kesesakan jalan raya dan untuk membuat laporan polis berhubung kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI