fbpx

Ayam import dijamin berkualiti, selamat dan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dalam usaha menampung keperluan bekalan ayam kebangsaan ketika ini, kerajaan memberi jaminan bekalan ayam yang diimport disahkan berkualiti, selamat dan halal.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, ayam yang bakal diimport hanya dibenarkan daripada loji pemprosesan diiktiraf selain pemantauan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Isu (kartel daging) tidak akan timbul, sebenarnya kita sudah lama mengimport ayam dari loji-loji yang diiktiraf kerajaan.

“Kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan syarikat yang boleh mengendalikan perniagaan dalam talian sebagai platform mengurangkan pengaruh orang tengah yang memanipulasi harga sehingga menyumbang kepada punca kenaikan harga bekalan makanan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) ke-36, di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI