fbpx

Abhishek Bachchan dipaksa belajar bahasa Hindi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABHISHEK BACHCHAN

AKTOR tinggi lampai Abhishek Bachchan rupa-rupanya pernah dipaksa oleh bapanya, legenda Amitabh Bachchan untuk pulang ke India bagi mendalami dan menguasai bahasa Hindi.

Ujar Abhishek, situasi tersebut berlaku semasa dia masih menuntut di Universiti Boston di Amerika Syarikat (AS) sebelum bergelar seorang pelakon.

“Ketika saya menuntut di AS dalam jurusan lakonan, saya berkata kepada bapa bahawa saya mahu menjadi pelakon hebat sepertinya suatu hari nanti. Kemudian apa yang terjadi?

“Saya disuruh pulang ke India dan mempelajari bahasa Hindi jika mahu berjaya menjadi bintang filem Bollywood,” katanya.

Kata suami kepada pelakon Aishwarya Rai itu, dia diberitahu bapanya bahawa, penonton filem Bollywood, terutama masyarakat di India sangat mencintai bahasa sendiri berbanding bahasa asing.

“Jadi saya perlu pikat mereka dengan bahasa Hindi dan bukannya dengan berbahasa Inggeris,” katanya.

Ternyata pendekatan Amitabh berjaya menjadikan Abhishek sebagai aktor hebat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI