fbpx

9 taman eko rimba di Selangor dibenarkan beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JPNS membuka 9 taman eko rimba kepada aktiviti pendakian.

SHAH ALAM – Peminat sukan pendakian di Selangor mungkin boleh menarik nafas lega apabila sembilan taman eko rimba di negeri itu dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, aktiviti pendakian dibenarkan sehingga pukul 3 petang manakala aktiviti perkhemahan bermalam tidak dibenarkan.

Menurut laman Faceboook Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), taman eko rimba yang dibenarkan ialah Taman Eko Rimba Sungai Tua, Sungai Sendat, Templer dan Komanwel.

“Lima lagi lokasi lain ialah Taman Eko Rimba Kanching, Sungai Tekala, Sungai Gabai, Sungai Congkat dan Kota Damansara,” katanya.

Berita berkaitan: Aktiviti pendakian HSK Selangor ditutup mulai esok

Bagi waktu operasi ujarnya, ia dibenarkan bermula pukul 7.30 pagi sehingga 3 petang bagi Isnin hingga Jumaat manakala Sabtu, Ahad dan cuti pelepasan am dari pukul 7 pagi hingga 3 petang.

Sebarang pertanyaan boleh ke website rasmi https://forestry.selangor.gov.my atau menghubungi talian 03-5544 7000/7507/7337. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI