fbpx

55 orang jadi anak yatim piatu akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Siti Mariah Mahmud

SHAH ALAM – Seramai 55 individu menjadi anak yatim piatu susulan ibu bapa mereka meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 di Selangor sehingga September tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, jumlah ini diperoleh berdasarkan data yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

“Manakala yang menjadi yatim adalah seramai 1,648 orang dengan daerah Hulu Langat, Klang dan Petaling Perdana mencatatkan jumlah anak yatim yang tertinggi di negeri ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan soalan Lim Yi Wei (PH-Kampung Tuanku) yang ingin mengetahui berapa jumlah anak yatim piatu dan yatim dicatatkan di Selangor akibat pandemik terbabit.

Siti Mariah menjelaskan, beliau akan cuba mendapatkan data yang sama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dan akan memaklumkan perkara itu kemudian.

“Kerajaan negeri pada pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2022 pada dua minggu lalu telah mengumumkan peruntukan RM1.25 juta bagi membantu anak-anak yatim di Selangor yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 dalam Bantuan Anak Yatim Covid-19.

“Selain itu, JKM turut menyediakan bantuan kewangan melalui Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Anak Pelihara (BAP) dan Bantuan Am Negeri (BA),” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI