fbpx

Waris Mohammed Salleh Perang fail notis permohonan perintah faraid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaini Aris menandatangani dokumen afidavit mewakili waris Allahyarham Datuk Mohammed Salleh Perang untuk menuntut harta pusaka bernilai lebih RM300 bilion di Mahkamah Syariah, di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Waris kepada Datuk Bentara Luar Johor, Allahyarham Datuk Mohammed Salleh Perang telah memfailkan notis permohonan untuk mendapatkan satu perintah faraid bagi harta pusaka yang bernilai lebih RM300 bilion di Mahkamah Syariah Johor Bahru, di sini hari ini.

Peguam mereka, Norhanisah Johar memberitahu, afidavit bagi permohonan itu telah ditandatangani seramai 11 pemohon yang merupakan wakil kepada waris.

Menurutnya, permohonan itu baharu dibuat kerana pihaknya masih lagi meneliti harta pusaka milik Mohammed Salleh yang berhak diserahkan kepada waris-warisnya.

“Ketika ini, waris Allahyarham sudah menjangkau tujuh generasi melibatkan seramai lebih 4,000 orang dengan daftar kematian melibatkan waris yang direkodkan adalah seramai 462 orang.

“Waris hidup yang paling tua adalah seorang wanita berusia 86 tahun manakala yang paling muda pula masih bersekolah rendah.

“Proses hari ini adalah untuk mendapatkan perintah faraid daripada pihak mahkamah iaitu untuk menentukan siapa waris dan berapa nilai harta pusaka yang berhak dimiliki mereka.

“Selepas proses ini selesai, baharulah proses tuntutan lain akan dibuat ke Pejabat Tanah dan pejabat-pejabat agensi kerajaan negeri lain,” katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Mahkamah Syariah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI