PELAKON High School Musical, Vanessa Hudgens mendedahkan bahawa dia tidak suka memakai pakaian dalam (coli) kerana berasa kurang selesa.
Menerusi temu bual bersama majalah Glamour UK, Hudgens berkata, memakai pakaian dalam membuatkan dia berasa tidak selesa serta menyukarkannya untuk bernafas.
“Secara peribadi saya memang tidak suka memakai pakaian dalam. Sungguh tidak selesa dan saya berasa seperti ‘diganggu’ sesuatu,” ujarnya.
Ujarnya lagi, dia tidak malu untuk berterus-terang kerana berpendapat perkara tersebut (tidak memakai pakaian dalam) adalah hak individu.
“Saya harap keputusan ini tidak mengganggu pihak lain dan mereka seharusnya menghormati keputusan saya,” katanya.