fbpx

Rosmah hadir di Mahkamah Rayuan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah hadir di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor hadir hari ini pada prosiding rayuan kesnya di Mahkamah Rayuan di sini untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah dan menggugurkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

Pada khamis lalu, Mahkamah Rayuan memberi peluang kepada Rosmah dan tidak mengeluarkan waran tangkap kepadanya kerana gagal hadir dalam prosiding rayuannya.

Pada prosiding lalu, keputusan sebulat suara itu dibuat, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk M. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah yang memutuskan untuk menahan pengeluaran waran tangkap itu minggu lalu.

Dalam prosiding itu, Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar sambung hujahan rayuan Rosmah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu.

Bagaimanapun isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak hadir pada prosiding, menyebabkan Sri Ram memohon agar waran tangkap dikeluarkan dan jaminan RM1 juta dibatalkan.

Menurut peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh, anak guamnya itu masih berada di Singapura dan mengakui bahawa ia merupakan satu pelanggaran terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan pada 15 Oktober lalu.

Pada 24 September lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rosmah untuk menggugurkan Sri Ram.

Hakim Mohamed Zaini berkata pelantikan Sri Ram oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas adalah sah selain tiada keperluan untuk membahaskan isu kesahihan berhubung fiat (surat pelantikan) ylatau pelantikan Timbalan Pendakwa Raya itu.

Sebelum ini, dalam prosiding terdahulu Sri Ram berhujah, pelantikan beliau selaku pendakwa raya bermula 30 Ogos 2018, adalah sah.

Pada peringkat sekarang, Rosmah sedang disoal balas oleh Sri Ram pada perbicaraan bela diri kes solar tersebut yang akan bersambung pada 8 Disember ini.

Mengikut pertuduhan Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd., Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Beliau turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI