fbpx

PRN Sarawak: Abang Johari tiba di PPC Gedong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari (berbaju putih) menghantar borang penamaan calon bagi DUN Gedong sebentar tadi

KUCHING – Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Gedong bagi menghantar borang penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebentar tadi.

Ketibaan beliau kira-kira pukul 8.50 pagi tadi di Dewan Masyarakat Gedong mendapat tepukan gemuruh oleh sekumpulan penyokong GPS yang menunggu beliau sejak awal pagi tadi.

Turut kelihatan memberi sokongan Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri.

Abang Johari membuat penampilan sulung di DUN Gedong bagi PRN kali ini selepas sembilan kali bertanding di DUN Satok.

Figura itu membuat keputusan berpindah ke kawasan luar bandar untuk berkhidmat kepada masyarakat di situ sebelum bersara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI