fbpx

Penganggur komen jelik pada Dr. Zulkifli didenda RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Padah membuat membuat hantaran jelik terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman profil Facebook milik sebuah syarikat televisyen swasta tahun lalu, seorang penganggur didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman denda terhadap Lim Eng Seng, 44, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas lelaki menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes itu hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu. OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan Eng Seng didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran pernyataan bersifat jelik menggunakan perkhidmatan aplikasi laman profil Facebook ‘NTV7’, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hantaran itu kemudian telah dilihat di sebuah rumah di Jalan Pantai Permai 8, Pantai Dalam, Brickfields di sini pukul 4 petang pada 14 Mei 2020, mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada OKS dan masyarakat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI