fbpx

Peng Soon-Liu Ying puas hati prestasi diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENG SOON (kiri) dan Liu Ying akan bertembung sesama sendiri pada pusingan pertama Terbuka Singapura.

BEREGU campuran berpengalaman, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tetap positif dengan aksi Jelajah Dunia Akhir di Bali, Indonesia walaupun tersingkir pada separuh akhir.

Langkah pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu terhenti selepas tewas 8-21, 18-21 kepada wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Biarpun kecewa gagal ke final, namun Peng Soon tetap gembira beraksi sehingga ke separuh akhir walaupun faktor usia semakin meningkat.

“Kami harungi kejohanan berturut-turut di sini, jadi bukan mudah untuk saya dan Liu Ying yang boleh dianggap sebagai pemain veteran melangkah ke pentas separuh akhir.

“Harus diakui, mereka (Thailand) sangat pantas dan bertenaga. Namun, kami tetap gembira dengan aksi keseluruhan kejohanan di sini,” katanya.

Sementara itu, Liu Ying menjelaskan, mereka sedikit lambat untuk mengeluarkan aksi sebenar hingga menyebabkan Dechapol-Sapsiree menguasai set pertama.

“Sukar untuk saya cakap perasaan ketika ini, agak bercampur-baur kerana gembira dan kecewa. Saya memang berharap untuk pergi lebih jauh tetapi tidak ada rezeki.

“Mereka bermain lebih baik, terutamanya pada set pertama sebelum kami cuba bangkit pada set kedua. Secara keseluruhan, mereka memang lebih pantas dan bertenaga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI