fbpx

Minyak masak jadi beku akibat terlalu sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan minyak masak beku akibat cuaca sejuk di Cameron Highland.

PETALING JAYA – Seorang penduduk di Cameron Highlands menunjukkan minyak masak yang telah beku akibat cuaca terlalu sejuk.

Berdasarkan sebuah rakaman klip video berdurasi 6 saat yang dikongsikan wanita itu menerusi aplikasi TikTok, dia dilihat ingin menggoreng makanan tetapi tidak dapat melakukannya memandangkan minyak yang ingin digunakan telah beku akibat cuaca sejuk.

“Kadang-kadang saya perlu letak minyak masak di tepi tingkap dapur sekejap untuk bagi minyak masak itu cair.

“Cuaca di sini hampir setiap malam mencecah 14 darjah celsius. lagi-lagi sekarang sudah musim hujan,” menurut wanita dikenali sebagai @makcik_google itu.

Susulan perkongsian itu, beberapa netizen melahirkan rasa teruja dan pelik menyaksikan video tersebut.

“Dahulu saya pelik masa pertama kali masuk di Hotel Cameron Highlands kenapa tiada penghawa dingin atau kipas. Sekali bila dah malam, sejuk dekat situ macam bukak penghawa dingin suhu 18 darjah celsius,” ujar @eyshaa.

“Patutlah hari itu saya nak beli minyak masak dekat sana rasa pelik sebab banyak putih putih. Rupa-rupanya minyak masak dah beku,” kata @nida.

“Punyalah sejuk sampai naik beku minyak masak dibuatnya,” jelas @shahibol.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih 438 ribu tontonan dan 27.4 ribu tanda suka di laman aplikasi TikTok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI