fbpx

Malaysia kelapan terbaik remaja dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA tewas 1-4 kepada Sepanyol pada penentuan tempat ketujuh dan kelapan Piala Dunia Hoki Remaja 2021 di Stadium Kalinga semalam. – FIH/HOCKEY INDIA

BARISAN pemain skuad projek khas lelaki kebangsaan perlu berbangga dengan pencapaian mereka apabila menamatkan saingan Piala Dunia Hoki Remaja (JWC) 2021 di Bhubaneswar, India di tempat kelapan daripada keseluruhan 16 pasukan.

Pencapaian itu sebenarnya menyaksikan skuad negara berjaya mencapai sasaran ditetapkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) meskipun terpaksa mempersiapkan diri dalam tempoh singkat disebabkan pandemik Covid-19.

Persediaan skuad bimbingan Wallace Tan juga beberapa kali terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini berbanding negara-negara dari benua Eropah yang lebih awal memasuki ‘fasa endemik’.

Namun, ia sama sekali tidak menghalang skuad negara untuk memberikan tentangan hebat sebagai lapan pasukan terbaik walaupun tewas 1-4 kepada Sepanyol pada penentuan tempat ketujuh dan kelapan di Stadium Kalinga semalam.

“Kami adalah pasukan yang terakhir keluar daripada fasa lockdown. Masa kami amat singkat untuk lakukan persediaan, cuma ada lapan perlawanan sebelum JWC berlangsung,” kata pengurus pasukan, I. Vikneswaran.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu diperoleh menerusi jaringan padang ketua pasukan, Mohamad Akhimullah Anuar Esook.

Sepanyol pula meraih empat gol menerusi dua jaringan Pau Cunill selain masing-masing satu daripada Eduard De Ignacio-­Simo dan Pepe Cunill.

Tempat kelapan kali ini secara tidak langsung memperbaiki pencapaian skuad remaja terdahulu yang gagal melepasi peringkat kumpulan dan menamatkan saingan pada kedudukan ke-11 sewaktu edisi 2016.

Bukan sahaja pencapaian kali ini lebih bagus, malah barisan pemain juga berjaya mencuri tumpuan dengan mencipta kejutan sensasi kejohanan hasil kejayaan mengikat naib juara edisi 2016, Belgium 1-1 dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`