fbpx

Kesilapan Mendy punca Chelsea kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDY menjadi punca kekalahan 2-3 Chelsea kepada West Ham di Stadium London kelmarin. – AFP

LONDON – Dua kesilapan bodoh yang dilakukan penjaga gol, ­Edouard Mendy ternyata membuatkan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel naik berang selepas mereka tewas 2-3 kepada West Ham United pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Sta­dium London kelmarin.

Pada perlawanan itu, The Hammers memastikan kemenangan menerusi jaringan Manuel Lanzini, Jarrod Bowen dan Arthur Masuaku sementara gol Chelsea dijaringkan oleh Thiago Silva serta Mason Mount.

Justeru, Tuchel mengakui, mereka tidak layak untuk membawa pulang tiga mata berdasarkan corak permainan yang ditampilkan biarpun West Ham memerlukan tuah bagi mendapatkan kemenangan.

“Saya tidak fikir permainan kami sudah semakin menurun, namun ia masih belum mencukupi untuk memenangi perlawanan. Selain itu, kami juga melepaskan gol mudah hari ini (kelmarin).

“Kami lakukan kesilapan ketika bertemu Manchester United dan hari ini (kelmarin) ia berulang lagi. Jika bermain seperti ini, kami tidak boleh berangan untuk menang kejuaraan EPL musim ini,” kata pengendali kelahiran Jerman itu.

Mengulas kesilapan yang dilakukan Mendy, Tuchel enggan meletakkan kekalahan tersebut di atas bahu seseorang individu sahaja kerana beliau menganggap semua pemain perlu bertanggungjawab.

“Edouard (Mendy) melalui si­tuasi sukar ketika ini. Dia mungkin kurang fokus ketika membuat keputusan, namun kami sendiri yang meletakkannya dalam kea­daan tertekan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI