fbpx

Kampung Pendas Laut dilanda air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa orang kanak-kanak seronok bermain air ketika air pasang besar di padang letak kereta di Kampung Pendas Laut, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor hari ini. FOTO: RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Kampung Pendas Laut di Gelang Patah di sini dilanda fenomena air pasang besar bermula pukul 11 pagi hari ini.

Menurut seorang penduduk kampung, Herman Azman 35, berkata, fenomena air pasang kali ini amat tinggi sehingga melimpah ke jalan raya.

“Sejak saya tinggal di sini sembilan tahun lalu ini kali pertama air laut melimpahi sehingga di jalan raya.

“Sebelum ini sudah beberapa kali air pasang besar tetapi kali ini agak luar biasa sikit,” katanya kepada pemberita di Kampung Pendas Laut di sini.

Jelasnya, berikutan fenomena ini pendapatan para nelayan yang menjual hasil laut terjejas berikutan ada jalan yang tidak boleh dilalui oleh orang ramai yang datang untuk membeli ikan.

Nelayan juga tidak berani turun kelaut ketika air pasang besar dan hanya turun ketika air mulai surut.

Tinjauan Kosmo! di Kampung Pendas Laut mendapati, golongan kanak-kanak yang paling gembira bermain air sambil diawasi oleh orang dewasa.

Beberapa buah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta turut ditenggelami air sehingga 0.8 meter.

Turut terjejas ialah jalan masuk ke Kampung Baru Pendas Laut.

Sekitar pukul 1 tengah hari air mulai surut dan keadaan kembali seperti sedia kala.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI