fbpx

Joy Revfa terus bangkit, enggan toleh ke belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joy Revfa (tengah) ketika melancarkan siri gincu terbaharu keluaran syarikatnya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Usahawan sensasi yang juga bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa terus bangkit mengharungi hidup selepas bercerai dan berstatus janda dua tahun lalu.

Buktinya, Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd. Amin, 34, terus ampuh mempertahankan legasi perniagaan yang diceburinya.

Terbaharu, Joy dan syarikat miliknya baru sahaja melancarkan koleksi gincu diberi nama BlackRevfa menerusi rangkaian produk kosmetiknya, MERVE.

Gincu berkenaan menjadi koleksi terbaru dan ke 30 yang dikeluarkan sejak syarikat itu ditubuh dan didaftar Februari 2015 di bawah nama MERVE Group Holdings Berhad.

Koleksi berkenaan dilihat seiring dengan status dirinya sebagai ibu tunggal yang kebal kepada anak tunggal lelakinya, Arryan Firdaus, 7.

Kata Joy, dia memperkenalkan koleksi gincu tersebut sebagai salah satu keluaran yang unik dan mengetengahkan sisi yang lebih misteri.

“Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang ada elemen magis. Gincu tersebut berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.

“Baunya juga sangat ‘lazat’ dan menyenangkan selain boleh bertahan selama 24 jam. Menariknya, gincu ini bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya. Gincu ini juga boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap.

“Jadi jelas perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #blackisred mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut,” katanya.

Menggunakan tagline ‘Cantik Bukan Lagi Fantasi’, koleksi gincu ini mensasarkan kepada remaja perempuan, wanita berkerjaya serta suri rumah yang ingin bergaya dan tampak cantik.

“Sedari dulu, tagline ‘Cantik Bukan Lagi Fantasi’ direka khas saya ini memberi impak dan kuasa tersendiri kepada semua wanita untuk jadi lebih yakin dengan apa yang dimiliki.

“Harus diingat menjadi cantik itu bukan lagi fantasi bagi setiap wanita. Tak salah berfantasi atau berangan, tapi biarlah kena pada gayanya,” katanya.

Serentak dengan pelancaran produk berkenaan baru-baru ini, Joy mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan keadaan pandemik Covid-19 untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.

Koleksi BlackRevfa boleh didapati melalui laman web rasmi di www.mervecosmetics.com.my dan dijual dengan harga promosi mampu milik serendah RM59.90 seunit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI