fbpx

Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMK-12 pastikan strategi, inisiatif capai sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) akan memastikan strategi dan inisiatif-inisiatif yang ditetapkan dilaksanakan mengikut perancangan bagi mencapai sasaran Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat jawatankuasa yang pertama kali dipengerusikannya itu dihadiri oleh Ahli-Ahli Jemaah Menteri, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan.

Menurut beliau, antara keputusan mesyuarat tersebut adalah menerima dan bersetuju kerangka tadbir urus pemantauan RMK-12.

Jelasnya, kerajaan memandang serius usaha-usaha untuk memastikan pelaksanaan projek dan juga program itu dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMK-12 yang dipengerusikan oleh saya dan disokong oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kerja.

“Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMK-12 ini akan bermesyuarat sebanyak empat kali setahun bagi memantau pelaksanaan sembilan fokus utama dan sembilan pemacu terpilih RMLT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, Ismail Sabri berkata, Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMK-12 akan memantau secara khusus 20 perkara utama, antaranya prestasi pelaksanaan projek dan perbelanjaan pembangunan, membasmi kemiskinan tegar, menambah baik ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan transformasi perkhidmatan awam;

Selain itu, ia turut menerima dan bersetuju dengan pendekatan baharu pembasmian kemiskinan tegar secara holistik yang akan diterajui bersama oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI